Blinking Cute Box Panda

Blogger Banner

Blogger Banner

Sunday, July 13

Kebaikan Membaca-Contoh Karangan

          Pada era pascainovasi ini,isu kebaikan membaca sering dijadikan sebagai buah mulut kepada semua strata sosial.Hal ini berlaku demikian kerana remaja pada masa kini tidak gemar membaca buku dan sering mendapat keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan.Oleh itu,semua syara sosial wajarlah mengembleng tenaga dan membanting tulang untuk mengatasi masalah ini sehingga ke akar umbinya supaya pelajar cemerlang,sekolah terbilang dan negara gemilang dapat dicapai dengan jayanya."Tepuk dada,tanya selera"Persoalan yang berputar-putar dan berlegar-legar dalam kotak fikiran saya ialah apakah kebaikan membaca kepada semua lapisan masyarakat dan semua strata sosial  di negara Malaysia?

          Pada hemat peribadi saya,kebaikan membaca yang dominan ialah dapat menambah ilmu pengetahuan kita.Hal ini dikatakan demikian kerana membaca buku bacaan lain seperti buku ensiklopedia,kamus,novel dan sebagainya mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak dapat mempelajari dalam kehidupan seharian dan dalam sekolah.Oleh itu,melalui membaca buku bacaan lain kita boleh menambahkan ilmu pengetahuan yang mungkin berguna kepada kita untuk menangani masalah yang mungkin kita akan hadapi pada masa hadapan.Persis kata,katak di bawah tempurung,jikalau kita rajin belajar kita tidak akan di pandang rendah oleh masyarakat pada masa yang akan datang dan boleh mendapatkan kerja dengan mudah kerana mempunyai sijil akibat daripada membaca buku-buku yang banyak dan bermanfaat.

          Seterusnya,membaca juga membolehkan kita mengisi masa lapang yang kita ada dengan lebih bermanfaat dan berguna.Hal ini berlaku demikian kerana membaca buku dapat membantu kita mengelakkan diri daripada terjebak dalam pelbagai aktiviti yang tidak berfaedah dan akan menjejaskan kesihatan kita seperti merokok,bermain komputer,menghisap dadah dan sebagainya.Jikalau kita rajin membaca buku pasti kita akan tahu bahawa merokok akan menjejaskan pernafasan kita dan menjejaskan stamina kita,merokok juga berkemungkinan besar akan menyebabkan kita diserang oleh penyakit seperti asma,kanser paru-paru dan sebagainya.Kita juga boleh mempelajari daripada buku bahawa menghisap dadah mungkin akan memusnahkan masa depan kita dengan ditahan oleh polis atas kesalahan menghisap dadah kerana menghisap dadah diharamkan di negara kita.Manankala bermain komputer yang banyak menjejaskan penglihatan kita.Menurut kajian yang dilakukan ke atas remaja yang memakai cermin mata,kebanyakan daripada mereka memakai cermin mata kerana suka bermain komputer tanpa had dan akhirnya menjejaskan penglihatan.

          Bertitik tolak daripada sudut kaca mata yang lain,membaca juga membantu kita meningkatkan kemahiran menulis kita.Membaca buku karangan yang banyak akan membantu kita kerana kita dapat mempelajari cara penulisan mereka dan kita juga dapat mempelajari lebih banyak perkataan dan peribahasa yang dapat digunakan dalam karangan kita semasa peperiksaan supaya mendapat keputusan yang cermerlang dalam peperiksaan.Membaca buku karangan juga membantu kita mendapat pelbagai idea yang kreatif untuk digunakan dalam peperiksaan pada masa hadapan.

          Di samping itu,kita juga boleh mengetahui perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara-negara lain dalam bidang sains dan kita dapat mengetahui hasil ciptaan mereka dan bagaimana mereka dapat menyelesakan masalah ekonomi negara melalui membaca akhbar yang mempunyai banyak pengetahuan yang mungkin berguna kepada kita.Mana-mana yang sesuai unutk kemajuan dan kesejahteraan negara kita bolehlah kita contohi dan pelajari daripada mereka.

          Kesimpulannya,membaca mendatangkan pelbagai kebaikan.Oleh itu,semua lapisan masyarakat dan semua strata sosial wajarlah mengembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk mengamalkan amalan membaca supaya pelajar cermerlang,sekolah gemilang dan negara terbilang dapat dicapai pada masa hadapan.

Monday, June 30

Punca-Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar-Contoh Karangan

          Pada era pascainovasi ini,isu-isu pencemaran alam sekitar dijadikan buah mulut kepada semua lapisan masyarakat dan semua strata sosial di Malaysia.Hal ini berlaku demikian kerana masalah pencemaran alam sekitar di negara Malaysia semakin serius setiap tahun.Oleh itu,isu-isu pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara,pencemaran air,pencemaran bunyi,dan sebagainya tidak boleh dipandang ringan dan dipandang sebelah mata oleh semua lapisan masyarakat dan semua strata sosial di Malaysia."Tepuk dada, tanya selera"Persoalan yang berlegar-legar dan berputar-putar dalam kotak fikiran saya ialah apakah punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Malaysia?

          Pada hemat peribadi saya,punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Malaysia yang dominan ialah kerana sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab.Hal ini berlaku demikian kerana individu dan organisasi tersebut tidak mempunyai kesedaran sivikdalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar.Sesetengah daripada individu tersebut akan sewenang-wenangnya membuang sampah sarap merata-rata tempat tanpa menghiraukan kawasan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan.Jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap.Kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut dan mengakibatkan pencemaran air,kilang juga melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara dan asap-asap tersebut akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara.Ini diesebabkan kerana sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.

          Bertitik tolak daripada sudut kaca mata yang lain,antara punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Malaysia juga tidak dapat dikecuali penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta,van,bas,lori,kapal terbang dan sebagainya.Hal ini berlaku demikian kerana kenderaan bermotor ini akan melepaskan asap yang mengandungi bahan kimia yang akan membahayakan nyawa kita dan juga haiwan-haiwan.Peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.

          Di samping itu,pembakaran secara terbuka juga merupakan punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Malaysia.Pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan kawasan hutan untuk tujuan penanaman semula sememnagnya baik,tapi pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh mengakibatkan pencemaran udara dan memusnahkan habitat flora dan fauna.Pembakaran secara terbuka jugalah mengakibatkan suhu bumi meningkat dan cuaca semakin panas setiap tahun.Pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia tapi pembakaran secara terbuka masih lagi dilakukan oleh sesetengah pihak walaupun pihak kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan untuk menangani pihak yang membakar secara terbuka.

          Seterusnya,penggunaan jentera yang banyak juga akan mengakibatkan pecemaran alam sekitar berlaku.Hal ini berlaku demikian kerana jentera berteknologi ini akan melepaskan asap-asap yang bertoksik dan mengakibatkan pencemaran udara berlaku.Selain itu,pencemaran alam sekitar juga disebabkan oleh projek-projek pembangunan.Hal ini disebabkan oleh kerana semasa hari hujan,tanah merah daripada tanah lapang yang dibersihkan untuk projek-projek pembangunan akan mengalir ke sungai dan laut yang bedekatan dan akan mengganggu ekosistem di dalam air dan tahap kebersihan kualiti air.

          Kesimpulannya,semua lapisan masyarakat dan semua strata sosial wajarlah mengembleng tenga seperti aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini sehingga ke akar umbinya supaya pelajar cermerlang,sekolah terbilang dan negara gemilang akan tercapai.Persis mutiara,sudah terhantuk baru tergadah,janganlah kita baru memulakan untuk mengambil tindakan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar apabila pencemaran alam sekitar sudah pada tahap yang paling merbahayakan di negara Malayasia.