Blinking Cute Box Panda

Blogger Banner

Blogger Banner

Friday, June 26

Kesan Buruk Tabiat Merokok Dalam Kalangan Masyarakat-Contoh Karangan

          Pada era pascamodenisasi ini, Malaysia sedang mengalami anjakan paradigma daripada sebuah negara yang sedang membangun ke sebuah negara yang pesat dan rancak pembangunannya. Remaja merupakan insan yang berusia antara 13 hingga 21 tahun dan sedang mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Oleh itu, remaja mudah dijejaskan oleh rakan sebaya. Kebanyakan remaja pada masa kini mengamalkan tabiat merokok sehingga memusnahkan masa hadapan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan watak yang penting dengan menjadi entiti mithali kepada anak-anak untuk membendung masalah ini daripada merebak secara bermaharajalela bagai cendawan tumbuh selepas hujan kerana anak-anak diibaratkan sehelai kain putih yang suci lagi kudus, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya dengan warna pelangi atau warna semalap masa hadapannya. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa pada masa kini sibuk mencari rezeki sehingga mengabaikan anak-anak mereka dan menyebabkan kes kematian akibat merokok di negara kita semakin bertambah setiap tahun. "Tepuk dada, tanya selera" Persoalan yang berkisar-kisar dan berlegar-legar dalam kotak fikiran saya ialah apakah kesan buruk tabiat merokok dalam kalangan masyarakat di negara kita? Ayuh, marilah kita berenung dan berbincang bersama-sama!

          Megikut kata-kata psikologi barat, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, manakala hidup tanpa dibebani masalah ialah kosong. Antara kesan buruk tabiat merokok dalam kalangan masyarakat termasuklah menjejaskan kesihatan kita, ia juga merupakan punca utama kes kematian negara kita semakin meningkat. Hal ini berlaku demikian kerana rokok mengandungi banyak bahan yang akan menjejaskan sistem pernafasan kita dan juga kesihatan kita termasuklah tar, nikotin dan sebagainya, bahan-bahan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi lemah kerana daya pertahanan serangan bakteria menjadi lemah dan mudah berpenyakit. Sebagai contoh, biasanya perokok lebih mudah mempunyai masalah jantung, masalah pernafasan dan sebagainya dan ia menyebabkan jangka hidup mereka jauh lebih pendek daripada orang yang biasa. Oleh itu, remaja-remaja perlulah mengawal perolahan mereka dan mengelakkan daripada pengaruh rakan sebaya supaya dapat hidup dengan lebih sihat dan tanpa dipengaruhi oleh masalah-masalah kesihatan. Misalnya, kita haruslah menolak permintaan kawan yang meminta kita untuk terjebak dalam anasir-anasir negatif seperti merokok, ponteng sekolah, menghisap dadah dan sebagainya. Persis mutiara, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, kita wajarlah menjadi seorang warganegara yang berwibawa dan berjasa kepada negara dengan belajar bersungguh-sungguh dan menghindaskan diri daripada terjerumus dalam kancah maksiat.

          Menurut kata-kata Alex Osborn, lampu Alladdin tidak bersinar sendiri, tetapi Alladdin menggosokannya terlebih dahulu. Kesan buruk tabiat merokok juga tidak dikecuali termasuklah merenggangkan hubungan silaturahim dengan ahli keluarga. Hal ini lantaran orang yang merokok mudah kehilangan kesabaran dan bersikap panas baran dan inilah sebab yang menyebabkan ahli keluarga mereka tidak berani bercakap dengan mereka kerana takut menyinggung perasaan mereka dan mereka tidak mempunyai perangai yang baik. Oleh itu, ibu bapa hendaklah segera menghalang anak mereka daripada merokok sebelum nasi sudah menjadi budur. Akibatnya, jika anak-anak tidak dihentikan dengan secepat mungkin, keluarga mereka berkemungkinan besar berporak-peranda pada masa yang akan datang. Oleh itu, ibu bapa patutlah mendidik anak mereka tentang keburukan tabiat merokok sejak daripada bangku prasekolah. Persis orang-orang tua, melentur beluh biarlah dari rebungnya, anak-anak perlulah dinasihati semasa masih kecil lagi kerana mendidik kanak-kanak bagai mengukir di atas batu, manakala mendidik remaja bagai menulis di atas air. Rumusnya, merokok akan menjejaskan hubungan silaturahim mereka dengan ahli keluarga.

          Menurut kata-kata Alexander Graham Bell, jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh negara kita termasuklah isu masalah merokok dalam kalangan masyarakat. Merokok juga akan meggugat nyawa orang yang terdekat kepada kita. Hal ini berpunca daripada asap rokok yang dihembus oleh perokok akan mendatangkan masalah yang lebih serius terhadap orang terdekat perokok berbanding dengan orang yang menghisap rokok. Oleh itu, jika kita tidak ingin melihat orang yang dicintai oleh kita mati di hadapan kita, kita perlulah menghargai mereka sebelum segalanya sudah terlambat dengan berhenti tabiat merokok. Selain daripada itu, sekiranya ibu bapa sudah tahu impaknya yang akan mendatangkan banyak kesan-kesan yang buruk, ibu bapa perlulah menjadi entiti mithali kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana anak-anak mencontohi kelakuan dan tingkah laku ibu bapa bagai bapa borek, anak rintik. Impaknya, jika tiada orang yang merokok dalam sesebuah keluarga, maka keluarga mereka bakal melahirkan seorang modal insan yang berbakti dan berjasa kepada negara kita pada masa yang akan datang.

          Persis mutiara, setiap penyakit pasti ada penawar yang berkesan, setiap masalah pasti ada formula penyelesaianya yang mustajab. Merokok juga menyebabkan seseorang individual kehilangan daya berkerja. Hal ini dikatakan demikian kerana perokok mempunyai badan yang lemah dan mudah dijangkiti penyakit dan menyebabkan mereka dilucut daripada jawatan perkerjaannya mereka kerana mereka tidak mempunyai daya berkerja yang seharusnya demiliki oleh seorang remaja. Akibatnya, seseorang individual itu kehilangan sumber rezeki dan menghadapi masalah kewangan yang serius. Oleh itu, untuk mengelakkan ini daripada berlaku ke atas kita, kita wajarlah menghindari daripada terjebak dalam masalah merokok.

          Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat beberapa kesan yang dapat diimplementasikan oleh masyarak terhadap tabiat buruk merokok dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, obligasi untuk mengatasi tabiat buruk merokok sehingga ke akar umbinya tidak seyogianya semata-mata menuding jari pada ibu bapa. Kita wajarlah berganding bahu dan menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing serta mempunyai semangat setinggi Gunung Everest dan sedalam Jurang Mariana dalam membendung masalah ini daripada membarah sebelum terlewat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Persis mutiara, genggam bara api biarlah sampai menjadi arang. Jika tidak, usaha untuk melahirkan modal insan akan dihalang. Komitmen padu dan jitu dari semua pihak diharapkan impian untuk mencapai visi kudsi nusa bangsa kita iaitu Wawasan 2020 tidak akan menjadi omongan kosong dan angan-angan Mat Jenin.