Blinking Cute Box Panda

Blogger Banner

Blogger Banner

Monday, October 3

Kesan Pembacaan Bahan Picisan-Contoh Karangan

          Pada era pascainovasi ini, Malaysia sedang mengalami anjakan paradigma dari sebuah negara yang sedang membangun ke sebuah negara yang pesat dan rancak pembangunannya. Remaja merupakan insan yang berusia di antara 13 hingga 21 tahun dan sedang mengalami perubahan dari segi mental dan fizikal. Oleh itu, remaja-remaja amat mudah dipengaruhi oleh kata-kata manis rakan sebaya dan terjerumus ke dalam kancah maksiat terutamanya remaja pada masa kini kerana ibu bapa mereka sibuk mengejar kemewahan sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja yang sedang mengalami perubahan dari segi mental dan fizikal tidak suka mendengar leteran dan nasihat ibu bapa sehingga hubungan silaturahim di antara mereka semakin renggang. Oleh itu, ibu bapa merupakan watak yang penting bagi mengelakkan remaja daripada terjerumus ke dalam kancah maksiat kerana remaja diibaratkan sehelai kain putih yang suci lagi kudus dan ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mewarnakannya dengan warna seindah pelangi atau sekudus masa hadapanya. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, kita haruslah sediakan payung sebulum hujan supaya tidak menyesal apabila segalanya sudah menjadi hakikat. Kita tidak seharusnya menuding jari ke arah ibu bapa sahaja kerana ia merupakan tanggungjawab setiap anggota negara untuk mengatasi masalah ini sehingga ke akar umbinya. Remaja pada masa kini sering membazirkan masa mereka dengan membaca bahan picisan sehingga mempengaruhi pelajaran mereka dan turut menjejaskan masa hadapan mereka. Oleh itu, semua lapisan masyarakat dan semua strata sosial haruslah memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah ini daripada menular secara bermaharajalela bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan bagai bangkai gajah yang tidak dapat dengan nyirunya supaya imej negara kita tidak terpengaruhi oleh remaja-remaja yang bakal menjadi pemimpin kepada negara kita."Tepuk dada, tanya selera" Persoalan yang berlegar-legar dan berkisar-kisar dalam kotak fikiran saya ialah apakah implikasi pembacaan bahan picisan kepada masyarakat di negara kita? Ayuh, marilah kita berenung dan berbincang bersama-sama!

          Sebelum saya mendalami isu ini, menurut statistik yang terhasil melalui pertanyaan terhadap individu yang berlainan umur, remaja pada era yang serba canggih ini lebih cenderung dengan minat membaca bahan picisan jika dibandingkan dengan orang dewasa dan tidak dikecuali warga tua. Keadaan ini telah kian mendatangkan impak terhadap generasi muda dan kanak-kanak yang masih berfikiran mentah. Pada hemat peribadi saya, bahan picisan yang turut dikenali sebagai bahan bacaan yang merosakkan minda seseorang sudah jelas menerangkan bahawa bahan picisan akan meranap pemikiran seseorang individu. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan sekumpulan indiviu yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang dan amatlah mudah dipengaruhi oleh pelbagai unsur kehidupan mereka dan melalui buku bacaan merupakan saluran yang dominan untuk menentukan daya pemikiran dan pemahaman seseorang individu. Sebagai contoh, individu yang gemar membaca bahan picisan yang berunsurkan keganasan, sudah tentulah bahawa mereka akan berkelakuan sedemikian dan besar kemungkinannya generasi muda akan menjadikan mereka sebagai teladan dan mencontohi tingkah laku mereka dan akhirnya memusnahkan impian dan harapan pemimpin-pemimpin negara kita untuk melahirkan generasi yang mempunyai horizon mata yang luas dan berfikiran rasional serta berakhlak mulia dalam kehidupan mereka supaya memimpin dan menghalakan masa hadapan negara kita ke landasan yang betul bukannya terpesong ke arah yang bakal memusnahkan sesebuah negara, satu bangsa iaitu Malaysia, ibu pertiwi kita. Oleh itu, isu ini haruslah dibanteraskan serta merta sebelum isu ini mencetuskan akibat yang lebih padah lagi kerana persis mutiara berkata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, baiklah kita mencari modus operandi yang serampang dua mata untuk menyifarkan masalah ini yang sudah tidak boleh dipandang enteng oleh semua strata sosial dan semua lapisan masyarakat pada masa ini sebelum nasi sudah menjadi bubur.

         Sebagai cetusan idea yang seterusnya, pembacaan bahan picisan turut menyumbang kepada gejala sosial yang semakin berleluasa di negara kita sehinggalah perkara ini senantiasa dibincangkan di kedai kopi dan dewan parlimen atas implikasinya yang akan memusnahkan masa hadapan sesebuah negara yang telah diwujudkan oleh pahlawan negara yang mengorbankan nyawa mereka demi mencapai kemerdekaan bagi sebuah negara. Hal ini lantaran bahan picisan mengandungi anasir-anasir negatif yang akan mempengaruhi dan memberikan kesan negatif kepada seseorang individu dan individu akan mudah terpedaya oleh hasutan syaitan yang bermuslihat untuk menjahanamkan individu yang bakal mendatangkan perubahan yang signifikan kepada negara dan juga seluruh dunia. Gejala negatif merupakan landasan yang tiada jalan baliknya sekiranya kita mengorak langkah yang pertama ke dalamnya dan kita haruslah membasmikannya sehinggalah ke akar umbinya supaya remaja dan generasi muda tidak akan terjerumus ke dalam kancah maksiat kerana persis orang-orang tua berkata mencegah lebih baik daripada mengubati, baiklah kita mengelakkannya daripada berlaku sebelum kita berkesal atas kesalahan yang telah kita lakukan dulu. Sebagai kontradiksi, jika seseorang individu sering rajin dan berusaha mengejar ilmu pengetahuan dan memanfaatkan masanya untuk belajar bukannya membaca bahan picisan yang tidak membawa sebarang faedah kepada diri dan masyarakat, pastilah individu dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam segala peperiksaan dan mereka dapat berdepan dengan masalah dan cabaran dalam kehidupan mereka tanpa berasa membebankan dan sudah tentu tidak akan buntu serta mengatasinya dengan idea mereka yang istimewa dan tidak tercemar oleh isi negatif yang terkandung dalam bahan picisan. Oleh itu, ibu bapa telah memainkan watak yang signifikan dalam memantau kehidupan remaja dan mengawal tingkah laku belia daripada terjebak dalam gejala sosial kerana anak-anak diibaratkan sehelai kain putih yang suci lagikan kudus dan ibu bapalah yang harus menggalas obligasi untuk mewarnakannya sama ada dengan warna seindah pelangi yang selalu muncul selepas hujan atau warna awam hitam yang semalap masa hadapan mereka. Implikasinya, ibu bapa yang gagal melaksanakan kewajipan mereka yang dominan sekali akan melahirkan individu yang suka membaca bahan picisan dan akhirnya mudah terpengaruhi oleh rakan sebaya mereka serta terjebak dalam gejala sosial seperti merokok, menagih dadah, pembulian, merogol, ponteng sekolah dan sebagainya kerana kekurangan pendidikan yang betul dan kawalan ibu bapa yang sepatutnya ditarbiahkan dalam benak minda dan akal mereka sejak di rahim ibu lagi. Secara rumus, bahan picisan akan menyebabkan seseorang individu terjebak dalam gejala sosial sekiranya ibu bapa gagal memberikan pengawalan yang sepenuhnya terhadap anak-anak mereka kerana walaupun ibu bapa sering mengatakan bahawa anak-anak mereka merupakan mutiara percintaan mereka namun mereka masih lebih mementingkan sumber rezeki mereka dengan sibuk bekerja sehingga mengabaikan anak-anak mereka yang selalunya menunggu kepulangan mereka apabila anak-anak masih kecil lagi.

TO BE CONTINUE......letihlah...