Pada hemat peribadi saya,punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Malaysia yang dominan ialah kerana sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab.Hal ini berlaku demikian kerana individu dan organisasi tersebut tidak mempunyai kesedaran sivikdalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar.Sesetengah daripada individu tersebut akan sewenang-wenangnya membuang sampah sarap merata-rata tempat tanpa menghiraukan kawasan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan.Jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap.Kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut dan mengakibatkan pencemaran air,kilang juga melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara dan asap-asap tersebut akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara.Ini diesebabkan kerana sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.
Bertitik tolak daripada sudut kaca mata yang lain,antara punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Malaysia juga tidak dapat dikecuali penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta,van,bas,lori,kapal terbang dan sebagainya.Hal ini berlaku demikian kerana kenderaan bermotor ini akan melepaskan asap yang mengandungi bahan kimia yang akan membahayakan nyawa kita dan juga haiwan-haiwan.Peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.
Di samping itu,pembakaran secara terbuka juga merupakan punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Malaysia.Pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan kawasan hutan untuk tujuan penanaman semula sememnagnya baik,tapi pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh mengakibatkan pencemaran udara dan memusnahkan habitat flora dan fauna.Pembakaran secara terbuka jugalah mengakibatkan suhu bumi meningkat dan cuaca semakin panas setiap tahun.Pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia tapi pembakaran secara terbuka masih lagi dilakukan oleh sesetengah pihak walaupun pihak kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan untuk menangani pihak yang membakar secara terbuka.
Seterusnya,penggunaan jentera yang banyak juga akan mengakibatkan pecemaran alam sekitar berlaku.Hal ini berlaku demikian kerana jentera berteknologi ini akan melepaskan asap-asap yang bertoksik dan mengakibatkan pencemaran udara berlaku.Selain itu,pencemaran alam sekitar juga disebabkan oleh projek-projek pembangunan.Hal ini disebabkan oleh kerana semasa hari hujan,tanah merah daripada tanah lapang yang dibersihkan untuk projek-projek pembangunan akan mengalir ke sungai dan laut yang bedekatan dan akan mengganggu ekosistem di dalam air dan tahap kebersihan kualiti air.
Kesimpulannya,semua lapisan masyarakat dan semua strata sosial wajarlah mengembleng tenga seperti aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini sehingga ke akar umbinya supaya pelajar cermerlang,sekolah terbilang dan negara gemilang akan tercapai.Persis mutiara,sudah terhantuk baru tergadah,janganlah kita baru memulakan untuk mengambil tindakan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar apabila pencemaran alam sekitar sudah pada tahap yang paling merbahayakan di negara Malayasia.
I love all the songs in your blogger <3
ReplyDeleteTQ,妮。
DeleteThanks for your reply.
And thanks for loving all the song in my blogger I will try my best to put more nice song in it.
LOLz. xP write more laa just one post
ReplyDeleteTiada Masa XD
DeleteHaha..terbaik karangan hampa
DeleteThe word is hard to see
ReplyDeletesorry...
DeleteThe words you use is very good ..but try to change the font and the colour of the font ... >_<
ReplyDeleteThx for the compliment, i changed the font but not the colour, i hope that it helps
Deleteska hti dye lh
ReplyDeleteApa tu(tenga)?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteApa maksud (tenga)?😂
ReplyDeleteGood passage
ReplyDeleteIm using your essay as research for my oral tomorrow thank you💕💕
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI know this song omg love it man!
ReplyDeleteBagus karangan ini
ReplyDeleteBagus karangan ini
ReplyDeletethank you for helping me finding an isnpiration while doing an essay about pencemaran alam sekitar
ReplyDeleteApa maksud mengembleng???
ReplyDeleteTq for this information
ReplyDeleteThank you 🙂
ReplyDeletebaik
ReplyDeletethis is nice 🙆
ReplyDeleteAwesome
ReplyDelete